Sabtu, 6 Julai 2013

KUIH KASWI GANDUM

helloo haii guy's.....okeyhh second trial nisa buat ekot resepi mak.. KUEH KASWI.. febret mak& abah tuhh....aummmm....slalunye mak yg buat, tah smenjak dua menjak niey telebihh rajin ckit sbb ad someone nieyy ckp"belajarr masaklaa nnt kwen sng nak mkn buat sendiri jer,xpyah nk cri-II dekat kdai tuhh" haisshhh dah si dye ckp cm gituuuhh kite pon jadii cam semangatlaaa...konon jerrr...tah nnt kwenn hampehh bungkus kdai jgk pe kan...kan???
okehhhh loook di bwhh nieyy ye KUIH KASWI kite nieyy :


  KUIH KASWI GANDUM   



Bahan-bahan :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan gula merah
  • 5 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • Daun pandan
  • acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak supaya tak melekat
  • Kelapa parut + garam

 Cara-cara :

  1. -->Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan..
  2. -->Masak hingga gula larut, Ketepikan.Ayak semua tepung.
  3. -->Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. -->Masukkan air kapur
  5. -->Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul
  6. -->Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar  menjadi kanji, sentiasalah di kacau guna whisk dlm 3 minit.
  7. -->Sapu acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. -->Kukus acuan dahulu tanpa isi.
  9. -->Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  10. -->Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  11. -->Lastly kluarkan kuih tadi dari acuan then gaulkan Kelapa+garam tadi..bolehhlaa nyaappp o__O....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan